Selamat Datang ke MAD Official Blog

Laman Blog ini dihasilkan sebagai satu persediaan kami untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dipimpin oleh Tuan Nor Hashim Bin Abu Samah sebagai Pensyarah kami memberi tunjuk ajar serta nasihat berkenaan kriteria-kriteria seorang Usahawan. Kumpulan kami terdiri dari 5 orang pelajar cuba mengaplikasikan segala teknik yang diajar didalam kelas walaupun masa yang kami miliki agak terhad disebabkan memiliki komitmen kerjaya masing-masing. Kami mengamalkan konsep bekerjasama didalam kumpulan kami bagi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Saturday, November 12, 2011

[Assignment 2] Successful Etreprenuer & Graduate Entreprenuer

1) 10 Successful Entrepreneur.


PM: Autobiografi Lim Goh Tong beri panduan kepada generasi muda
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin autobiografi Tan Sri Lim Goh Tong `Cerita Saya', seorang usahawan Malaysia yang berjaya membangunkan Genting Highlands Resorts dengan menjadikannya sebuah destinasi pelancongan terkemuka dapat memberi panduan kepada generasi muda untuk meneroka bidang perniagaan.
Abdullah berkata, beliau gembira Goh Tong yang selama ini menjauhi publisiti, akhirnya telah membuat keputusan untuk berkongsi kisah hidup beliau dalam autobiografi tersebut.
    Beliau seorang yang mempunyai kekuatan dalaman dan ia tidak disedari oleh orang ramai, seorang yang mempunyai gaya sederhana tetapi mempunyai keazaman yang waja untuk mencapai kecemerlangan.
    Saya yakin bahawa rakyat Malaysia, terutama generasi muda, akan mendapat petua daripada penerokaan-penerokaan hidup beliau,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan autobiografi Tan Sri Lim Goh Tong `Cerita Saya' yang dilancarkan di sini hari ini.
Autobiografi Goh Tong `Cerita Saya' merupakan autobiografi seorang usahawan Malaysia yang membina Genting Highlands menjadi sebuah pusat peranginan bertaraf dunia.
Cerita bermula dengan Goh Tong tidak memiliki walau satu sen, mengubah kesusahan menjadi kesempatan, bertindak mengikut gerak minda, mengambil risiko terancang dan menumpaskan para pengkritik dengan pandangan jauh dan hati yang cekal.
Autobiografi setebal 202 muka surat itu dimuatkan dengan tahun-tahun mendirikan peniagaan, peniagaan-peniagaan yang diceburi, masalah yang dihadapi serta kejayaan yang dicapai hari ini.
Buku itu juga memuatkan gambar-gambar Genting Highlands Resorts yang terkenal di seluruh dunia serta beberapa lagi perniagaan yang diceburi oleh Kumpulan Genting.
Perdana Menteri berkata, mungkin ada yang mengatakan bahawa Goh Tong diberkati dengan nasib baik dan kejayaan beliau disebabkan berada di tempat dan waktu yang tepat.
Abdullah menegaskan, nasib baik semata-mata tidak mungkin membolehkan Goh Tong mencapai apa yang dicapainya hari ini.
    Sebagai seorang yang telah berjaya setelah memulakan perniagaan dengan dua dolar sebagai modal pinjaman, memang boleh benar beliau bersara dan hidup selesa pada usia lima puluhan.
    Namun, beliau menolak pilihan untuk bersenang-senang sebaliknya beliau melaksanakan rancangan berani untuk mengubah Gunung Ulu Kali menjadi tempat peranginan pelancong,'' kata Abdullah.
Perdana Menteri memberitahu, Goh Tong mengharungi segala halangan dan menjadikan impian sebagai realiti untuk menjadikan Gunung Ulu Kali sebagai Genting Highlands yang terkenal di seluruh dunia.
Ujarnya, ini merupakan bukti bahawa keberanian, kerajinan dan ketekunan telah memberikan taraf tersendiri kepada Goh Tong sebagai usahawan Malaysia yang paling berkaliber.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam kata pengantarnya di dalam buku tersebut berkata, kalaulah ada banyak usahawan Malaysia seperti Goh Tong, tentu negara lebih berjaya lagi dalam pembangunan ekonomi.
Dr. Mahathir menegaskan, perjuangan Goh Tong boleh dianggap sebahagian daripada pengalaman pembangunan Malaysia.
    Beliau seorang warga korporat yang layak diteladani, mematuhi setiap peraturan dan dasar negara serta memahami betapa perlunya memberi peluang kepada orang lain.
    Beliau telah menyokong dengan rela usaha Kerajaan untuk menyusun semua masyarakat, dalam pada itu beliau telah mencapai kejayaan yang cemerlang,'' katanya.
Dr. Mahathir menjelaskan, Kumpulan Genting berjaya menjadi sebuah konglomerat utama di Malaysia kerana keharmonian antara kaum, keamanan dan kestabilan serta asas kemajuan ekonomi.
   Nyata sekali, Kumpulan Genting telah dan sedang membuat sumbangan penting terhadap pertumbuhan Malaysia terutama dalam industri pelancongan.
Sumber:-
Maznah makan dengan samseng


PERNIAGAAN berasaskan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa.

MENJALANKAN perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid, tanpa keberanian itu, impian akan tinggal impian.
“Kerana peranan kami sudah seperti polis. Kami terpaksa berdepan dengan kumpulan samseng, penagih dadah dan penjenayah yang sentiasa mencabar keselamatan pelanggan kami.
“Maka kami terpaksalah bijak mengatur strategi untuk membanteras aktiviti mereka. Adakala kena pergi minum, makan atau berkawan dengan mereka untuk mengetahui muslihat kumpulan itu supaya keselamatan kami tidak tergugat,” katanya yang menyedari wujud lebih 30 geng samseng di seluruh negara.
Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan.
“Menjadi kelebihan pula menjadi seorang wanita dalam bidang ini. Agaknya, kalau lelaki berada di tempat saya mungkin sudah kena pukul,” ujar Maznah berderai tawa.

IBU kepada lima orang anak ini seorang yang begitu menghargai pengalaman.


Satu lagi faktor yang menyokong perkembangan Securiforce ialah keupayaan anggotanya untuk memprogramkan diri sejak mula bekerja.
“Masalah utama orang kita ialah disiplin. Perniagaan seperti ini beroperasi 24 jam sehari. Kesanggupan untuk mengorbankan waktu tidur memerlukan disiplin yang tinggi,” ujar Maznah yang berpendapat kejayaan tidak sepatutnya diperoleh secara ekspres atau dalam sekelip mata.
Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.
“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.
Impikan waktu 36 jam sehari
Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. Beliau turut mengesyorkan supaya bakal usahawan mengambil satu atau dua kursus kemahiran sebagai modal perniagaan.
“Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja.
Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.
Seorang yang begitu menghargai pengalaman, Maznah akan memastikan anak-anaknya yang berminat untuk bekerja dengan Securiforce memulakan kerjaya di peringkat paling bawah.
“Biar mereka tahu bagaimana seorang jaga bekerja atau memandu van sekuriti supaya mereka faham selok-belok perniagaan ini,” kongsi Maznah.


KELUARGA Maznah. (Dari kiri): Mohamad Shafiq, 20, Nurul Shameem, 24, Mazreen Shanim, 17, Datuk Shaheen, Maznah, Mohamad Nabeel, 3, Nor Sharmila, 29, dan suami, Mohamad Nizar, 31, dan Shahril Reza, 28.



Untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, Maznah menyarankan dua subjek perlu diberi perhatian iaitu perakaunan dan perniagaan.
“Lima anak saya semuanya menunjukkan minat untuk menjadi usahawan. Saya galakkan mereka mengambil kedua-dua jurusan sebagai pengetahuan asas.
“Seperti suami saya yang memiliki kelulusan dalam bidang perakaunan, kami kemudiannya memperkayakan diri dengan strategi perniagaan pula,” katanya.
Melalui ilmu jugalah Maznah terselamat daripada mengalami kerugian yang mampu meruntuhkan perniagaannya.
“Nasihat saya, kalau tidak mahu ditimpa ‘bala’ jangan memulakan perniagaan dengan berhutang. Gunakan wang sendiri. Juga jangan mulakan dengan jumlah modal yang terlalu besar.
Sikap berhati-hati menjadi satu lagi kelebihan Maznah dan suami, Datuk Shaheen Mirza Habib, 58. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak pernah berdepan dengan waktu sukar.
“Pada peringkat permulaan perniagaan, kami belajar erti kesilapan pelaburan yang amat merugikan. Ia berikutan kami tersalah memilih produk.
“Penggunaan Sistem Penyeliaan Pusat (CMS) yang kami perhatikan di negara Barat rupa-rupanya terlalu jauh ke depan berbanding status negara pada waktu itu.
“Kami terlupa negara masih kekurangan bangunan pencakar langit pada sekitar 1980-an. Ini bermakna permintaan untuknya terlalu kecil. Tetapi syukur, kami tidak dibebani hutang, membolehkan kami bangun semula tanpa banyak masalah,” cerita Maznah.
Menjadi satu kebanggaan baginya apabila kami dapat menjalankan perniagaan menggunakan modal sendiri.
Bermula dengan modal RM5,000, sekarang Securiforce sudah memiliki 60 cawangan di seluruh negara dan beberapa di luar negara, mampu menggaji hampir 5,000 pekerja. Ia juga mereka cipta serta menghasilkan van kalis pelurunya sendiri.
Sumber:-
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2009&dt=0621&pub=kosmo&sec=rencana_utama&pg=ru_03.htm


Rahsia kejayaanpengasas Secret Recipe
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL & koleksi Datuk Steven Sim

MENAUNGI kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.

Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan.

Majoriti rakan Steven berbangsa Melayu sementelah dia sendiri membesar di perkampungan Melayu. Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa sangat rapat, manakala di kalangan rakan-rakan tidak pernah berbangkit soal tidak boleh bermain bersama semata-mata kerana 'aku Melayu dan engkau Cina'.

Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, bagi Steven jiwa keusahawanan bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh dibuat-buat. Sebagai anak bongsu dia sering mempertahankan haknya, lantang meluahkan perasaan. ''Anak bongsu biasalah abang-abang suka mengusik, buli. Tetapi saya ada keberanian untuk bersuara,'' katanya.

Pernah bercita-cita mahu menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun siapa sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan. Itu pun bukan pekerjaan pertamanya. Dia pernah berkhidmat dengan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian pejabat di negara-negara Asia Pasifik. Banyak yang dipelajari terutamanya apabila berpeluang melawat pelbagai negara sepanjang kariernya itu. Steven gemar melancong namun dia tidak mahu pulang kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup masyarakat di negara yang dilawatinya. Setiap persoalan seperti mengapa penduduk Dubai makan lewat malam, penduduk Australia cepat menghabiskan kerja dianalisis dan dicari jawapan.

Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira-kira 14 tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi menggunakan konsep baru. ''Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan.

''Tidak ada casual dining di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan tidak terlalu mahal,'' katanya.

Dari situ bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak tangga pertama tidak mudah didaki lantaran tiada siapa tahu tentang jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal untuk mengiklankan tentang outlet pertama, Steven melakukan pemasaran sendiri menawarkan kopi percuma. Ternyata ada perkembangan positif, daripada menikmati kopi percuma pelanggan mencuba pula kek-kek yang dijual di situ. Steven tidak lupa pengalaman yang mendedahkan Secret Recipe kepada dunia sebenar. Seorang wartawan dari majalah KL Vision mencuba kek kejunya dan mencadangkan supaya dia menyertai pertandingan kek keju tahunan. Apabila tiba hari pertandingan Steven langsung tidak membuat persiapan kerana terlupa tarikh yang dimaklumkan kepadanya. Dia cuma menghantar kek keju biasa dan tidak menaruh harapan untuk menang. ''Semasa itu peserta terdiri daripada chef-chef hotel terkenal, sedangkan Secret Recipe tak ada siapa pun yang kenal, hakim-hakim pun tak tahu tentang kami,'' katanya tidak menyangka ketika itu kek keju Secret Recipe memenangi Grand Champion. Selepas itu anugerah yang diterima Secret Recipe tidak terhitung. Terlalu banyak dan pelbagai sehingga memupuk kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.

Ditanya tentang nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu keistimewaan bapa kepada lima anak itu. Dia memberitahu nama Secret Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe tertera di situ.

Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.

''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa.

''Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.

Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara jiran Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, dua kali dia didatangi pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu ternyata kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri.

Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.


Sumber:-



Kecemerlangan Keusahawanan Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 
Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja membuat baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.



Sumber:-
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2010&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Pembuat Facebook menjadi Anak muda terkaya di dunia

Mark Elliot Zuckerberg (lahir 14 Mei 1984) adalah seorang programer komputer dan pengusaha asal Amerika Serikat. Ia menjadi kaya di umurnya yang relatif muda karena berhasil mendirikan dan mengembangkan situs jaringan sosial Facebook dengan bantuan teman Harvardnya Andrew McCollum dan teman sekamarnya Dustin Moskovitz dan Crish Hughes. Saat ini ia menjabat sebagai CEO Facebook.


Usia Mark Zuckerberg baru 24 tahun, tetapi ia bisa menghasilkan 1,5 miliar dollar AS. Keberhasilan pria pendiri Facebook, salah satu situs jejaring sosial ternama di dunia, ini membuatnya nangkring dalam jajaran 400 orang terkaya di Amerika versi Forbes. Tidak hanya itu, dalam jajaran tersebut ia juga dinobatkan sebagai orang kaya yang paling muda. Forbes mencatatnya sebagai milyarder termuda, atas usaha sendiri dan bukan karena warisan, yang pernah tercatat dalam sejarah.

Semula, Zuckerberg mengembangkan Facebook di dalam kamar asramanya semasa kuliah di Harvard. Anggota pertama yang bergabung dalam Facebook adalah teman-temannya sendiri. Dalam jangka waktu dua minggu, sepertiga dari siswa Harvard telah menjadi anggota tetap Facebook.

Walaupun ia sempat mengenyam pendidikan di Harvard, bahkan merintis Facebook di perguruan tinggi ternama itu, ia tercatat belum menyelesaikan studinya sehingga titel sarjana pun belum disandangnya. Pengguna Facebook terus meningkat dan kini mencapai 100 juta member di seluruh dunia dengan keuntungannya ditaksir mencapai 300 juta dollar per tahun. Malah ada sejumlah orang yang tak lagi jadi mahasiswa atau yang masih di sekolah ingin bergabung.

Jejaring yang dihim­punnya meliputi 55.000 jaringan berdasarkan demografi, pekerjaan, sekolah, kolegial, dan sebagainya. Setiap harinya ada foto yang di-upload (dimasukkan ke Facebook) dan pesan yang dikirim. Prestasi yang diraih Zackerberg tak benar-benar mulus. Sejumlah perkara ia dapatkan sehubungan dengan Facebook, termasuk tudingan yang menyebutkan rancangan Facebook sebenarnya tiruan. Di tengah sejumlah kontroversi itu, nama Facebook dan Mark Zackerberg tetap digemari banyak orang. Bahkan, Microsoft tertarik untuk membeli 1,6 persen saham Facebook dengan nilai 240 juta dollar, akhir Oktober lalu. Transaksi ini menunjukkan nilai kapitalisasi Facebook ternyata lebih tinggi, yaitu sekitar 15 miliar dollar. Setelah itu sejumlah tawaran mengepung Facebook.

Facebook ini sebenarnya dibuat sebagai situs jaringan pertemanan terbatas pada kalangan kampus pembuatnya, yakni Mark Zuckerberg. Mahasiswa Harvard University tersebut-kala itu-mencoba membuat satu program yang bisa menghubungkan teman-teman satu kampusnya. Karena itulah, nama situs yang digagas oleh Mark adalah Facebook. Nama ini ia ambil dari buku Facebook, yaitu buku yang biasanya berisi daftar anggota komunitas dalam satu kampus. Pada sejumlah college dan sekolah preparatory di Amerika Serikat, buku ini diberikan kepada mahasiswa atau staf fakultas yang baru agar bisa lebih mengenal orang lain di kampus bersangkutan.

Pada sekitar tahun 2004, Mark yang memang hobi mengotak-atik program pembuatan website berhasil menulis kode orisinal Facebook dari kamar asramanya. Untuk membuat situs ini, ia hanya butuh waktu sekitar dua mingguan. Pria kelahiran Mei 1984 itu lantas mengumumkan situsnya dan menarik rekan-rekannya untuk bergabung. Hanya dalam jangka waktu relatif singkat-sekitar dua minggu-Facebook telah mampu menjaring dua per tiga lebih mahasiswa Harvard sebagai anggota tetap.

Mendapati Facebook mampu menjadi magnet yang kuat untuk menarik banyak orang bergabung, ia memutuskan mengikuti jejak seniornya-Bill Gates-memilih drop out untuk menyeriusi situsnya itu. Bersama tiga rekannya-Andrew McCollum, Dustin Moskovitz, dan Chris Hughes-Mark kemudian membuka keanggotaan Facebook untuk umum.

Mark ternyata tak sekadar nekad. Ia punya banyak alasan untuk lebih memilih menyeriusi Facebook. Mark dan rekannya berhasil membuat Facebook jadi situs jaringan pertemanan yang segera melambung namanya, mengikuti tren Friendster yang juga berkembang kala itu. Namun, agar punya nilai lebih, Mark pun mengolah Facebook dengan berbagai fitur tambahan. Dan, sepertinya kelebihan fitur inilah yang membuat Facebook makin digemari. Bayangkan, Ada 9.373 aplikasi yang terbagi dalam 22 kategori yang bisa dipakai untuk menyemarakkan halaman Facebook, mulai chat, game, pesan instan, sampai urusan politik dan berbagai hal lainnya. Hebatnya lagi, sifat keanggotaan situs ini sangat terbuka. Jadi, data yang dibuat tiap orang lebih jelas dibandingkan situs pertemanan lainnya. Hal ini yang membuat orang makin nyaman dengan Facebook untuk mencari teman, baik yang sudah dikenal ataupun mencari kenalan baru di berbagai belahan dunia.

Sejak kemunculan Facebook tahun 2004 silam, anggota terus berkembang pesat. Prosentase kenaikannya melebihi seniornya, Friendster. Situs itu tercatat sudah dikunjungi 60 juta orang dan bahkan Mark Zuckerberg berani menargetkan pada tahun 2008 ini, angka tersebut akan mencapai 200 juta anggota.

Dengan berbagai keunggulan dan jumlah peminat yang luar biasa, Facebook menjadi ‘barang dagangan' yang sangat laku. Tak heran, raksasa software Microsoft pun tertarik meminangnya. Dan, konon, untuk memiliki saham hanya 1,6 persen saja, Microsoft harus mengeluarkan dana tak kurang dari US$ 240 juta. Ini berarti nilai kapitalisasi saham Facebook bisa mencapai US$15 miliar! Tak heran, Mark kemudian dinobatkan sebagai miliarder termuda dalam sejarah yang memulai dari keringatnya sendiri.

Niat Mark Zuckerberg untuk sekadar ‘menyatukan' komunitas kampusnya dalam sebuah jaringan ternyata berdampak besar. Hal ini telah mengantar pria yang baru berusia 23 tahun ini menjadi miliarder termuda dalam sejarah. Sungguh, kejelian melihat peluang dan niatan baiknya ternyata mampu digabungkan menjadi sebuah nilai tambah yang luar biasa. Ini menjadi contoh bagi kita, bahwa niat baik ditambah perjuangan dan ketekunan dalam menggarap peluang akan melahirkan kesempatan yang dapat mengubah hidup makin bermakna.


Sumber:- 
http://thocempa.blogspot.com/2011/02/pembuat-facebook-menjadi-anak-muda.html


Zaliza jual rumah buka tadika
KEPUTUSAN menubuhkan tadika Genius Kids Profile pada Disember 2000 yang selepas itu ditukar kepada Genius Aulad Learning Consultancy Sdn. Bhd. sebenarnya berlaku dengan pantas.
Pengasas dan Pengarah Eksekutifnya, Zaliza Alias, 39, memberitahu, kebetulan ketika itu dia berhadapan dengan masalah mencari sebuah tadika Islam yang mengutamakan bahasa Inggeris untuk anak-anaknya.
‘‘Dalam sibuk mencari dan hampa, maka akhirnya saya nekad dengan keputusan untuk membuka tadika sendiri,’’ katanya ketika ditemui di tadika Genius Aulad di Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Zaliza memberitahu, dia pula memang seorang yang mudah membuat keputusan.
‘‘Kalau hendak buat, buat saja dan saya memang tidak memikirkan langsung tentang risikonya,’’ katanya.
Cerita Zaliza, pada masa itu dia bukan sahaja sedang sarat mengandung anak ketiga, tetapi sanggup melakukan semua persiapan itu ketika dalam bulan Ramadan.
Dengan bermodalkan RM20,000 hasil menjual rumahnya, ia digunakan untuk menyewa kedai dua tingkat.
Tingkat atas untuk tadika manakala bahagian bawah pula untuk kediaman mereka sekeluarga.
Zaliza memberitahu dia sendiri yang melakukan kerja mengecat, membeli kerusi dan menghantar sendiri risalah dari rumah ke rumah.
‘‘Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat 20 murid termasuk anak sendiri. Tadika pertama dibuka sejak Disember tahun 2000 di Jalan USJ 21/10, UEP Subang Jaya, masih ada sehingga kini dan dijadikan sebagai ibu pejabat,’’ katanya.
Zaliza memberitahu, semangat yang ada itu sebenarnya datang hasil daripada pengalamannya sebagai jurujual barang selepas tamat pengajian.
Cerita Zaliza, sekalipun baru bergelar graduan tetapi dia sanggup menjadi jurujual jam di mana tidak ada rasa malu untuk menemui pelanggan yang sedang makan di gerai atau pun di tepi jalan.
Paling menggembirakan, kata Zaliza, dia menjadi jurujual terawal yang akan membunyikan loceng di syarikat berkenaan sebagai tanda berjaya menjual habis kesemua jam.
Selain itu, dia juga ditugaskan untuk mencari pelanggan dengan membuat temu janji menerusi telefon bagi mempromosi peralatan pejabat.
‘‘Syarikat cuma mahukan empat temu janji dibuat tetapi saya lebih daripada itu,’’ katanya.
Beliau berkata, tanggungjawab ini bukan mudah kerana di situ letaknya cabaran untuknya bercakap dengan pelanggan sehingga mereka berminat untuk bertemu dengan pihak syarikat.
Zaliza akui pengalamannya di bidang pemasaran itu amat berguna sehingga dalam membantunya mengendalikan tadika berkenaan.
Jelasnya, sekalipun tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan tadika tetapi dia sentiasa minat untuk belajar serta berusaha memperbaikinya andai terdapat kelemahan.
Adat berniaga kata Zaliza pernah menghadapi masalah kekurangan murid yang mendaftar di mana jumlahnya tidak sampai 20 orang.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya mengambil tindakan yang mungkin tidak difikirkan oleh orang lain.
‘‘Saya memang suka mencabar diri sendiri di mana mengambil keputusan untuk membuka kelas pada sesi petang pula,’’ katanya.
Ternyata keputusan itu menyebelahinya kerana dengan tambahan sesi tersebut telah menyebabkan jumlah pendaftaran murid-murid di tadikanya meningkat.
Mengenai sistem francais Genius Aulad katanya, sehingga kini sudah terdapat 20 cawangan termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
‘‘Kini terdapat lebih 4,000 murid berusia dari tiga hingga enam tahun yang sedang belajar di tadika Genius Aulad,’’ katanya.
Selain itu, katanya, franchisor tadika kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat sebagai guru di tadika berkenaan.
‘‘Saya tidak mahu mereka menjadi guru selama-lamanya atau bertukar-tukar tempat mengajar tetapi mahukan mereka memulakan perniagaan sendiri,’’ katanya.
Sehubungan itu, katanya, dengan sistem francais ini memberi peluang kepada guru yang berpengalaman di Genius Aulad supaya akhirnya mempunyai tadika mereka sendiri.
Zaliza memberitahu untuk menjaga hubungan baik dengan franchisor di bawahnya di mana biasanya antara mereka lebih bergerak sebagai satu pasukan.
‘‘Biasanya apa sahaja yang dirancangkan untuk kebaikan tadika ini akan dilakukan secara bersama-sama dan masing-masing diberikan peluang untuk terlibat,’’ katanya.

Sumber:- 

                                                                                                     Disediakan oleh Azemuddin Bin Husman

IPC gah peringkat antarabangsa
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 16, 2011

Memiliki taraf pendidikan rendah bukanlah menjadi penghalang seseorang mengejar impian dan cita-cita untuk terus berjaya. Sebaliknya, de-ngan kesungguhan dan usaha gigih mendorong mencapai kejayaan untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa. Dia pernah bekerja sebagai penjual kuih tradisional masyarakat Cina, Chee Chong Fun, lapan tahun, juru jual dan akhirnya menjadi pegawai pemasaran, sebelum berjaya membuka syarikatnya 10 tahun lalu.


Namanya mungkin tidak dikenali di negara kelahirannya, namun begitu popular di negara luar seperti China; Hong Kong; Jepun; Korea; Taiwan dan Amerika Syarikat, walaupun hanya mempunyai pendidikan sehingga darjah enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Way, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.Syarikat di bawah naungannya, IPC Shopping Services (M), menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai rangkaian meliputi pelancongan; telekomunikasi; insurans; kewangan; pertanian dan gaya hidup kepada pelanggan.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas IPC Shopping Services (M), Datuk Seri Steven Leow berkata, IPC yang ditubuhkan sejak 2001 kini mempunyai 50 anak syarikat yang beroperasi di 121 negara seperti Panama; Kemboja; Filipina; Hong Kong dan China. “IPC menubuhkan IMAL2u pada 2008 yang merupakan perniagaan atas talian yang meliputi pelbagai produk yang jarang ditemui di kedai-kedai atas talian lain termasuklah peranti elektronik terkini yang ditawarkan di pasaran dengan harga lebih murah.

“Bagi mengukuhkan kedudukan perniagaan IPC pasaran tempatan setanding antarabangsa, IPC bakal melancarkan kedai atas talian yang unik menjelang pertengahan 2012,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma IPC, Bandar Puteri Puchong, Selangor. Menurutnya, produk utama syarikat kad prepaid yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan luar negara terutamanya di China kini mempunyai seramai lebih 200 juta ahli di seluruh negara. Katanya, IPC berjaya mengukuhkan kedudukan perniagaan, sekali gus menjadi antara syarikat tersohor di China.

“Oleh itu, IPC yakin untuk menjadi syarikat dikenali dalam pasaran tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan membawa masuk perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dan pada masa yang sama, menjadi jenama terkenal di seluruh pelosok dunia. “Sebagai permulaan, kami telah membuka restoran pertama di Puchong dan bakal memperkembangkan perniagaan pada masa akan datang,” katanya, yang juga merupakan anak sulung daripada lima beradik. Selain giat berkecimpung dalam perniagaan, IPC turut tidak ketinggalan dalam menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyumbangkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan cacat dalam dan luar negara dan membantu negara yang dilanda bencana.

Sumber:-
SINAR HARIAN 


LONDON—Malaysian airline entrepreneur Tony Fernandes Thursday became the majority owner of London soccer team Queen's Park Rangers after buying 66% of the club owned by Formula One chief Bernie Ecclestone.

Tony Fernandes (L) poses for pictures with his own personalised 
shirt with manager Neil Warnock






Mr. Fernandes, the chief executive of budget airline AirAsia Bhd, will take the role of Chairman of QPR Holdings Ltd. and will work alongside the London-based steel magnate Lakshmi Mittal and family, who own a third of the club.
  QPR were promoted to the Premier League, English football's top division, last season.
Mr. Fernandes joins a growing number of Asian executives who have owned English Premier League clubs, including ousted Thai leader Thaksin Shinawatra, who was chairman at Manchester City before agreeing in 2008 to sell his investment to a private-equity group led by a member of Abu Dhabi's royal family.
Hong Kong's Carson Yeung bought Birmingham City, only to see the club relegated last season to English soccer's second tier, and Indian poultry company Venky's (India) Ltd. which bought Blackburn Rovers in November.

Sumber:-
http://online.wsj.com/article/SB10001424053111903596904576516200391399000.html




2) 5 Graduate Entreprenuer







Sumber:-
 http://shahabudeenjalil.com/2010/11/keratan-akhbar-23-november-2010/






ANTARA roti dan kek beraneka jenis yang diusahakan.
SIK 23 April – Mungkin ramai tidak sanggup melepaskan jawatan bergaji tetap, apatah lagi ketika berada di kampung halaman sendiri semata-mata untuk menjalankan perniagaan khususnya pada zaman kemelesetan ekonomi.
Perkara ini bagaimanapun berbeza dengan seorang bekas lepasan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Noor Aini Abdullah, 28, dari Kampung Sungai Semiar, Jeneri, di sini, yang sanggup meninggalkan jawatan berstatus pengurus untuk menghadapi cabaran lebih besar iaitu membuka kedai roti dan kek.
Pemegang Ijazah Bio-Teknologi itu berkata, sebelum ini, dia pernah memegang jawatan pengurus akaun di sebuah koperasi di bandar ini sebelum menyertai sebuah yayasan sebagai pengurus projek tetapi kemudiannya beralih ke bidang perniagaan pada 2007.
Menurut Noor Aini, dia tidak menyesal meninggalkan jawatan berkedudukan tinggi itu kerana selain menyahut seruan kerajaan untuk menambah jumlah usahawan di kalangan bumiputera, bidang perniagaan diceburinya ternyata membuahkan hasil cukup memberangsangkan.
Menyewa sebuah kedai kecil di Stesen Bas Sik, Noor Aini menjalankan operasi kedai roti dan kek atas jenama Srikanis yang ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
”Saya memulakan perniagaan dengan modal RM15,000 termasuk membeli ketuhar, mesin pengadun dan sebagainya dengan mendapat kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).
”Saya belajar membuat roti dan kek daripada rakan-rakan sewaktu di Unimas dan mengikuti kursus di Kolej Komuniti di sini, ditambah dengan kreativiti sendiri untuk mencuba sesuatu resepi,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Dengan dibantu dua pekerja, Noor Aini memberitahu, dia bukan sekadar menjual produk keluarannya itu di gerai tersebut, malah menjadi pembekal tetap roti daging dan pizza di sekolah-sekolah sekitar daerah Sik, Baling dan Sungai Petani dan Yan.
”Syukur kerana setakat ini saya menerima tempahan roti daging dan pizza untuk sekolah-sekolah sebanyak 1,000 biji sehari.
”Produk keluaran saya khususnya roti daging cukup disukai tetapi bagi menjaga kualiti, saya mengeluarkannya mengikut tempahan kerana ia tidak boleh disimpan lama,” tambahnya yang mendapat galakan daripada suami, Noor Azman Othman.
Selain itu, kata Noor Aini, dia menjual biskut dan kuih tradisional seperti baulu dan sebagainya.
”Sambutan baik, selain roti daging dan pizza, biskut, kuih tradisonal dan kek menarik minat ramai mengikut musim.
”Contohnya, pada musim cuti sekolah, saya menerima banyak tempahan kek untuk majlis-majlis perkahwinan yang diadakan pada ketika itu,” katanya.
Noor Aini berkata, keluaran kedainya itu dijual pada harga berpatutan mengikut jenis iaitu dari serendah 80 sen hingga RM1.50 untuk roti dan RM15 hingga RM70 untuk kek.
”Cadangan saya tentulah untuk membesarkan perniagaan dan saya akan tingkatkan lagi usaha bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan, boleh menghubungi Noor Aini menerusi talian 019-5932049.

Sumber:-
http://harizamrry.com/category/agro-usahawan-contoh/page/3/ 



Sumber:-
Utusan Malaysia 



Sumber:-
Majalah agrobiz November 2011




Sumber :-
Sinar Harian

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes