Selamat Datang ke MAD Official Blog

Laman Blog ini dihasilkan sebagai satu persediaan kami untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dipimpin oleh Tuan Nor Hashim Bin Abu Samah sebagai Pensyarah kami memberi tunjuk ajar serta nasihat berkenaan kriteria-kriteria seorang Usahawan. Kumpulan kami terdiri dari 5 orang pelajar cuba mengaplikasikan segala teknik yang diajar didalam kelas walaupun masa yang kami miliki agak terhad disebabkan memiliki komitmen kerjaya masing-masing. Kami mengamalkan konsep bekerjasama didalam kumpulan kami bagi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Sunday, December 11, 2011

I-Usahawan - Bussiness Plan

Business model untuk i-usahawan berdasarkan :

  1. Core Strategy
  2. Strategic Resources
  3. Partnership Network
  4. Customer

1. Core Strategy

Bussiness Mission
  • Sebagai satu platform kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada untuk membina jaringan secara online
  • Memberi pendedahan kepada mereka yang ingin menjadi usahawan

Product
  • Memberikan khidmat nasihat dan panduan untuk menjadi seorang usahawan berjaya 
  • Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan dari sektor kerajaan dan swasta
  • Meyediakan ruangan iklan

Kelebihan 
  • Maklumat dan artikel yang terkandung di dalam portal ini dipenuhi dan diselia oleh mereka yang ahli didalam bidang Usahawan
  • Maklumat yang disampaikan ringkas dan padat


2. Strategy Resources

Kompetensi teras
  • I-usahawan merupakan sumber maklumat yang terperinci dan sesuai untuk mereka yang mencari panduan dalam perniagaan.
  • I-usahawan juga mampu berkongsi dan menyediakan dengan sesiapa sahaja berkenaan kecemerlangan yang dilalui oleh golongan-golongan yang berjaya mengikut dunia semasa.
Aset strategik
  • I-usahawan bekerjasama dengan pelajar-pelajar SPACEUTM dalam mengisi maklumat dan bekerjasama dalam membina "networking" yang erat .

3. Partnership Network

  • Satu jalinan kerjasama boleh dibentuk antara i-usahawan dengan syarikat syarikat luar daripada sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Dengan jalinan kerjasama ini akan memperkukuhkan kewangan i- usahawan sebagai satu entiti yang lebih utuh dan kukuh.
  • Diharapkan dengan jalinan kerjasama ini  juga dapat menarik lebih banyak peluang perniagaan yang boleh dimajukan secara usaha sama.


4. Customer

  • I-usahawan perlu mempunyai target customer kerana ia membolehkan syarikat memberikan lebih tumpuan dan fokus untuk menarik lebih ramai pelanggan
  • Dicadangkan agar i-usahawan dapat menarik lebih ramai lagi graduan yang telah menamatkan pengajian mereka di universiti mahupun yang masih menuntut untuk menyertai i-usahawan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang kaedah dan juga cara untuk menjadi usahawan yang berjaya
  • Selain itu i-usahawan juga boleh menarik mana - mana individu yang berminat untuk menjadi usahawan yang terdiri daripada ibu tunggal ,pesara, belia dan sebagainya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes